Tuduhan kerajaan zalim rampas tanah Melayu sudah ‘kantoi’ bertalu-talu

Oleh LIYANA MARZUKI

Ada seorang rakan pempengaruh beritahu saya:

“Hebat Pidah tu. Dia fight untuk bangsa kita.”

“Pidah mana?” saya tanya.

Jawabnya: Pidah, dulu pelakon, sekarang jadi fighter Kampung Baru.

Saya pun ikut perhati perjalanan bekas pelakon ini. Dari awal lagi.

Mula-mula, kita pun rasa kesian. Dia menangis-nangis, rumah dan tanahnya akan diambil.

Kita tengok dia turun naik mahkamah. Ada peguam, dah buat kes. Ok lah.

Walau beberapa kali kalah, kita tahu ada peguam lindungi dia.

Tapi bila dia mula naik pentas ceramah politik, bahasa sudah berubah: Dari merayu jadi memaki.

Siap selit dalam Justice for Zara lagi. Masa itu, ramai mula sangsi.

Content dia very structured. Kempen tidak henti-henti.

Padahal, masa tanah dirampas tahun 2021, tak nampak bayang. Itu kata ramai penduduk majoriti.

Lepas empat tahun, apabila warta kena kuatkuasa, dia muncul dengan konten bergandingan dengan Ratu Naga. Kala ini, fence sitters dah mula angkat red flag.

Ratu Naga inilah yang mengaku terang-terangan — dalam radio dan akhbar — memang wujud laskar siber dan operasi politik. Dengan bayaran berjuta.

Sebab itu, adu domba dan fitnah pun mereka buat dengan selamba.

Macam mana dia tahu?
Katanya dulu sebahagian dari BN.
Melompat ke PH.
Sekarang, bersama PN pula.

Bila dah buat konten dengan Ratu Naga, kita tahu ops ni dah highly political.

Biarlah berbaloi

Hari Sabtu lepas, mak saya kongsi video Pidah.

Sebagai bekas Pendakwa Raya, kerja kami menyoal balas saksi.

Kalau saksi cakap tidak konsisten, bersemangat kami nak cross (soal balas).
Ada upper hand kalau saksi lawan koyak.

Skill itu, walau dah lama bersara dari mahkamah, tetap hidup dalam mana-mana TPR.

Makanya, saya sediakan transkrip di bawah:

📹 Transkrip video Pidah

Q: Ni rumah Pidah ke?
A: Eh, ni rumah mak dan ayah. Sebenarnya… kami ni waris… errrrr… 8 orang adik beradik.

Q: Siang je lah duduk sini ‘kan. Siapa duduk sini?
A: Sayalah duduk sini. Saya guna rumah ni buat studio. Saya ‘kan selalu buat konten.

Q: Setuju ke dengan tuntutan pampasan tu?
A: Tak setuju lah… Takde la kami nak buat keras ‘kan. Cuma nak hak masing-masing dan biarlah berbaloi.

Q: Jomlah tengok rumah Pidah tu. Kat mana?
A: Kat level bawah je. Tapi tak eloklah. Kat sini mana maintain. Takyah la.

Q: Dah takde api dan air kan? Jadi, macam mana?
A: Eh… tak. Kami actually letak green screen je.

Q: Hmmm ye ke? Marilah tengok rumah tu.
A: Eh… nak tengok dalam ke? Jangan la macam tu… takyah lah… hahaha.


⚖️ Verdict

Kalau di mahkamah, saksi begini kita gelar lubuk.

Cross examination memang boleh jadi lauk.
Kalau peguam/ TPR yang sedikit ganas — habis nanti saksi terduduk.

Wayang gambar

Saya tak mahu Tuan Puan pajak otak pada saya.

Tanpa taksub politik, rakyat Malaysia sebenarnya bijak-bijak belaka.

Kempen yang bermula dengan “Kerajaan sekarang zalim nak rampas tanah Melayu”,
sudah kantoi bertalu-talu.

Terbaru, mereka terperangkap dalam naratif yang mereka bina sendiri.

Warta rampas tanah penduduk berlaku tahun 2021 zaman PKP.

Pemimpin mereka tengah bertaichi.
Salah-menyalah sesama Menteri.
Akai mula nak salahkan kerajaan sedia ada, tetapi bukti ini tunjukkan:
Kaum sendiri yang mereka zalimi…

Makanya, nilaikan sendiri — ini perjuangan bangsa, atau wayang gambar semata-mata?

Tepuk dada, tanya iman jua.

BACA JUGA Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab-Islam di Doha: Kenyataan Negara PM Anwar