Debat Kampung Sungai Baru melibatkan mantan wilayah: Apa kata Khalid Samad?
Pengerusi AMANAH Wilayah Persekutuan Khalid Samad telah mengumumkan bahawa beliau bersedia berdebat dengan mantan menteri-menteri wilayah berhubung isu Kampung Sungai Baru.
“Saya bersedia dengan syarat ia diadakan secara langsung dan pengacaranya adalah pihak neutral.
“Bukan Rafidah atau suaminya,” kata Khalid dalam satu siding akhbar di Kampung Baru hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai membalas kepada cadangan dari TikTok yang mahu Khalid Samad, Datuk Seri Johari Ghani, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Tan Sri Annuar Musa berdebat berhubung isu Kampung Sungai Baru.
Johari ialah ahli parlimen Titiwangsa dan Menteri Perladangan dan Komoditi manakala Annuar dan Shahidan pernah menjadi Menteri Wilayah di Bawah pentadbiran Perikatan Nasional.
“Tapi jangan terkejut sekiranya debat tersebut menjadi perlawanan tiga lawan satu,” tambah Khalid.
BACA JUGA: Ada barua beri tanah pada pemaju Kampung Sungai Baru