Ini penghinaan kepada Bersatu, habis madu sepah dibuang, kata pengulas
Seorang pengulas politik AMANAH Abdullah Zawawi Wahab menyifarkan tindakan pengarah pilihan raya Pas Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menghentam Bersatu dalam sesi muktamar Pas sebagai satu penghinaan buat Bersatu.
“Pas sendiri buka pekung di dada. Dia kata Bersatu tiada duit, jentera tapi ada hati nak jadi ketua
“Bila geng sendiri duk hina macam ini, kita boleh bayangkan macam mana keretakan dalam rumah mereka.
“Aku nak tanya Bersatu, kot kamu tak terasa. Ini bukan teguran, ini penghinaan yang terang-terang.
“Pas ini memang perangai macam ini, ibarat habis madu sepah dibuang.
“Masa puak-puakmu berguna, dia sayang, cium, peluk.
“Bila puak-puakmu dah tak ada duit, isi, dia hentam.”
Abdullah menambah sikap ini juga diamalkan oleh Pas terhadap DAP ketika Pas dan DAP berada di dalam Pakatan Rakyat dahulu.
Macam itulah dia buat dengan DAP dulu. Dia sayang ketat-ketat DAP. Kenapa? Lu fikirkan sendiri.
Abdullah juga membandingkan sikap Pas dengan AMANAH.
“AMANAH pula berlainan kerana ia belajar makna persahabatan, pengorbanan dan kasih sayang.
“Kita bersyukur negara aman damai dan inilah yang wajib kita jaga.”
BACA JUGA: Pas namakan calon ketua menteri Sabah? Ini respon Srikandi Bersatu Sabah