Berita baik untuk penjawat awam dan rakyat Malaysia bakal tiba

Berita baik bakal menyusul untuk penjawat awam dalam Belanjawan 2026, menurut Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

“Belanjawan pasti akan membawa berita baik. Ia tidak akan mengecewakan. Ada berita baik untuk kakitangan awam dan rakyat Malaysia secara amnya,” katanya kepada media semasa ditemui dalam satu acara.

Berita baik tersebut adalah pelarasan gaji.

Dalam pengumuman kenaikan gaji penjawat awam yang diumumkan pada 2024 yang dikenali sebagai Sistem Gaji Perkhidmatan Awam baru, penjawat awam dalam kumpulan pengurusan tertinggi akan menerima kenaikan gaji 7 peratus manakala pelaksana, pengurus dan professional akan menerima 15 peratus.

Pelaksanaan kenaikan gaji kan dibuat dalam dua fasa, Disember 2024 dan Januari 2026.

Kumpulan pelaksana, pengurus dan professional telah menerima kenaikan 8 peratus dalam Fasa 1 dan akan menerima 7 peratus dalam Fasa 2 manakala kumpulan pengurusan tertinggi akan menerima 4 peratus dalam Fasa 1 dan 3 peratus dalam Fasa 2.

BACA JUGA: Ini sebabnya UMNO Batu putus kerjasama dengan PH Wilayah Persekutuan