Enam perkara ini perlu dijiwai AMANAH

Oleh FAIZ FADZIL

Setelah 10 tahun perjuangan AMANAH, AMANAH telah meletakkan satu asas kukuh perjuangan Islam yang berwawasan rahmat untuk semua, pemikiran Islam yang progresif dan pendekatan Islam yang sederhana (wasati).

Untuk terus kekal kukuh dan relevan dalam persada politik tanah air, 6 perkara berikut perlu dijiwai dan dilaksanakan AMANAH:

A- Ajaran, AMANAH perlu sentiasa ke depan menegakkan pandangan tentang sesuatu isu dari perspektif Islam dan polisi hikmah.

M- Media, AMANAH perlu sentiasa menguasai media samada media massa dan media sosial dalam mengukuhkan komunikasi parti

A- Asak, AMANAH perlu sentiasa cakna untuk menjuarai isu semasa terutama melibatkan kepentingan rakyat serta mengasak pembangkang dalam mematahkan hujah fitnah dan pembohongan mereka.

N- Naratif, AMANAH perlu bijak membina naratif politik yang lebih progresif dan konstruktif yang boleh menarik minat rakyat terutama isu berkaitan Islam dan Melayu.

A- Asuh, AMANAH perlu melahirkan lebih ramai tokoh muda yang boleh diangkat sebagai ikon politik yang mampu menguruskan parti untuk terus kekal relevan dalam tempoh yang panjang.

H- Haraki, AMANAH perlu membentuk pasukan pejuang yang memahami dinamika politik dan mengelak mengakedemikkan parti dengan istilah dan agenda retorik.

Semoga AMANAH terus istiqamah dalam perjuangan ini. Semoga Allah memberkati perjuangan kita semua dalam mengangkat AMANAH sebagai parti politik Islam yang kuat dan diyakini rakyat.

Tahniah AMANAH Sempena Ulangtahun 10 Tahun

1 Dekad
1 Misi
1 Hati

*FAIZ FADZIL merupakan Setiausaha Agung AMANAH.

BACA JUGA Ini sebabnya UMNO Batu putus kerjasama dengan PH Wilayah Persekutuan