Gaji dah naik tapi trend penjawat awam maki Kerajaan MADANI membimbangkan

Trend penjawat awam yang secara terbuka memaki hamun Kerajaan Madani malah melemparkan kata-kata kesat terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat membimbangkan.

Menerusi akaun media sosial mereka yang lengkap dengan butiran kementerian diwakili, kutukan bahkan fitnah daripada kakitangan kerajaan terlibat begitu keterlaluan.

Sikap mereka yang terbawa-bawa dengan sentimen parti pembangkang dilihat melampaui batas ketika kerajaan di Bawah pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim melaksanakan kenaikan gaji penjawat awam pertama tahun lalu sejak kira-kira 12 tahun tidak ada semakan gaji rasmi.

Antaranya, kakitangan di Kementerian Kesihatan (KKM) dengan nama akaun Facebook, ‘Nutrah Alias Alias’, lapor e-Rahmah, memetik perkongsian bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim.

Mengejutkan apabila Nutrah tergamak menggelar Anwar yang tahun lalu telah pun dinobatkan berada di tangga ke-9 dalam senarai Pemimpin dan Ahli Politik Islam Paling Berpengaruh di Dunia itu sebagai ‘barua kafirun’.

Seorang lagi kakitangan yang berkhidmat di Pejabat Kesihatan Kamunting, Perak pula melemparkan perkataan tidak senonoh terhadap seruan Perdana Menteri untuk menghidupkan penubuhan kegiatan ‘Pendekar Madani’.

“Baidrul Hisham Mohd Pandi, PMX santuni persatuan silat kerana ianya adalah satu-satunya warisan pahlawan Melayu lama.

“Kamu pula boleh ‘mencarutkan’ majlis yang mendapat sambutan baik umat Melayu. Apa jenis akhlak kamu ni? Memalukan,” kata Hasnul.

Beliau turut berkongsikan tangkap layar hantaran seorang anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kedah, Ahmad Fauzi yang menulis, “walanon-walanon kuat spin dan fitnah’.

Malah, Ahmad Fauzi tergamak mencarut selepas disindir supaya menjadi kakitangan Pasti atau Unit Amal sahaja sekiranya sudah bosan bergelar sebagai penjawat awam.

BACA JUGA Perlekeh menteri tanam bawang: Pensyarah tegur mentaliti sebahagian orang Melayu