RON95: RM1.99 untuk rakyat tempatan, RM2.60 untuk bukan warganegara

Perdana Menteri mengumumkan pelaksanaan petrol RON95 pada harga RM1.99 bermula 30 September ini bagi rakyat tempatan menerusi inisiatif BUDI95.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bagi bukan warganegara pula, RON95 ditetapkan pada RM2.60 bermula tarikh yang sama.

Menurutnya, lebih 16 juta rakyat Malaysia akan terima manfaat daripada penurunan harga petrol RON95 dengan semua warganegara yang memiliki lesen memandu sah layak untuk menikmati subsidi bahan bakar itu.

PMX semasa Himpunan Bulanan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya pagi tadi.

“Kita putuskan untuk meletakkan kadar RON95 daripada RM2.05 kepada RM1.99 seliter bermula 30 September 2025 dan saya juga sebutkan manfaat dan keistimewaan ini hanya sebagai penghargaan semangat dari Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, jadi penghargaan kepada rakyat Malaysia seluruhnya.

“Mulai 30 September (juga), bukan warganegara dan syarikat besar tidak layak terima subsidi kerana ikut perseorangan, itu bermula 30 September pada harga RM2.60,” kata beliau.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, sebentar tadi.

Dalam masa sama, beliau memaklumkan bahawa warga polis dan tentera menikmati subsidi RON95 RM1.99 seliter bermula 27 September.

Sementara itu, penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pula pada 28 September bagi mengelakkan kesesakan.

BACA JUGA Bekas MB Terengganu jawab fitnah tentera siber musuh PH-BN