Jual kereta mewah dan kondominium, wanita ini tenang menetap di kampung
Seorang wanita berkongsikan pengalamannya menjual kereta mewah Mercedes-Benz dan sebuah kondominium di Damansara Perdana, sebelum berpindah menetap di kampung.
Menurut Intan Syazlin, beliau sebelum ini perlu membayar komitmen bulanan sekitar RM1,800 bagi pinjaman kereta selain kos minyak dan penyelenggaraan mencecah kira-kira RM500 sebulan.
Ketika menjual kereta itu, beliau terpaksa menampung bayaran tambahan sebanyak RM25,000, dengan RM10,000 ditanggung oleh suaminya dan RM15,000 lagi dilunaskan sendiri.
Selepas itu, pasangan berkenaan menjual kondominium mereka dan memilih untuk berpindah ke kampung.
Menerusi platform Threads, Intan bercerita, keputusan itu membolehkan mereka bebas daripada hutang.
Suaminya kemudian membeli sebuah Perodua Axia secara tunai dan turut menanggung perbelanjaan minyak.
“Ramai anggap ini downgrade. tapi bagi saya hidup kini lebih berkualiti kerana tidak perlu lagi bekerja keras semata-mata untuk membayar hutang.
“Alhamdulillah, sekarang saya dapat menikmati suasana kampung dengan sawah terbentang di belakang rumah,” kata Intan lagi.
BACA JUGA Jual kereta mewah dan kondominium, wanita ini tenang menetap di kampung