Mahathir tentang Madani sejak dahulu lagi – Ahmad Awang
Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menentang wawasan Malaysia Madani sewaktu Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri di dalam pentadbiran beliau, dedah penasihat Parti Amanah Negara Datuk Ahmad Awang dalam satu temuramah eksklusif baru-baru ini.
Usaha memburukkan Anwar oleh Mahathir lebih teruk sejak kedua-dua pemimpin berkenaan berada dalam parti yang berlainan kini.
“Bukan baharu Anwar guna Madani. Sewaktu menjadi pemangku perdana Menteri, Mahathir peril Madani sebagai civil society.
“Beliau sendiri tidak membawa kebaikan kepada SG4 di mana beliau menjadi penasihat. Dia usahakan kerana Anwar berjaya dalam dua tahun.
“Anwar ke luar beri ceramah di universiti. Mana ada perdana menteri macam itu sebelum ini?”
Datuk Ahmad turut mengesahkan sememangnya Mahathir mahu menjatuhkan Anwar.
Beliau turut menceritakan kerjasama beliau dengan Mahathir dalam bidang politik tujuh tahun lalu
“Pada hari pertama pembentukan Pakatan Harapan saya ditugaskan membawa Mahathir ke pelancaran PH. Pada keesokan hari, saya berceramah dengan dia.
Beliau juga berusaha untuk membawa Mahathir ke Beirut, Lebanon untuk menghadiri persidangan berkaitan Palestin pada 2018.
Mahathir bagaimanapun tidak dapat hadir.
“Saya bawa rakaman ucapan beliau dan Ismail Haniyeh.
“Saya rapat balik dengan beliau melalui Pakatan Harapan dan gerakan menentang Israel.”
Usaha mendekatkan Anwar dengan Mahathir turut diusahakan tetapi tidak menjadi.
Ahmad Awang yang pernah berkhidmat dalam perkhidmatan awam mempunyai pengalaman bekerjasama dengan Mahathir menerusi perkhidmatan awam sejak 1975 sehingga 1991.
Hubungan beliau dengan Mahathir sewaktu itu tidak rapat dan sering bertegang urat dengan Mahathir.
“Dia nak haramkan buku Milestone terjemahan Batu Tanda Sepanjang Jalan sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan
“Semasa menjadi pengarah pusat Islam, khidmat saya dibekukan selama empat tahun.
“Dia kata saya susahkan kerajaan.
“Saya kata Mahathir pakar perubatan, saya pakar agama.
Antara isu yang diusahakan oleh Ahmad Awang ialah pengharaman penjualan arak di mes tentera dan kes ‘ragging’ di Royal Military College menggunakan alkohol.
Khidmat saya dibekukan dan terpaksa berada di Jabatan Perkhidmatan Awam.
Kemudian saya kembali ke Jabatan Kemajuan Islam Malaysia tetapi terpaksa berada di bawah pegawai bawahan saya.
Beliau kembali semula sebagai pengarah bahagian dakwah di Jakim dan pernah menjadi pengarah Pusat Penyelidikan Islam.
BACA JUGA: Pas ke AMANAH: Halal darah, cai, hak demokrasi dan hala tuju ke depan
Sengketa Pas Bersatu petanda perpecahan Perikatan Nasional, menurut penasihat AMANAH