Baru lapor diri di SPRM, Timbalan Pendakwa Raya ‘kantoi’ dadah
Polis menahan seorang Timbalan Pendakwa Raya (TPR) yang baharu minggu lalu melaporkan diri di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), selepas ujian air kencing mendapati individu terbabit positif dadah.
Menurut Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, penahanan pegawai terbabit di rumahnya semalam selepas dipercayai memiliki dadah.
“Tangkapan itu berkait pemilikan dadah serta positif air kencing. Kita sedang menyiasat perkara ini,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, hari ini.
Sementara itu, SPRM dalam satu kenyataan, menegaskan tidak akan berkompromi dengan sebarang salah laku, pelanggaran undang-undang atau perbuatan jenayah membabitkan pegawai mahupun kakitangannya.
BACA JUGA Sembilan letupan ganggu misi Sumud Flotila