Ini cara mudah isi RON95 tanpa perlu guna IC, tak payah risau dah cip rosak!
Bermula 30 September ini orang ramai sudah boleh menikmati subsidi petrol RON95 yang baharu.
Namun sebelum itu, semua pihak perlulah memuat turun dan mendaftar aplikasi rasmi stesen minyak masing-masing sebagai persediaan pelaksanaan harga bahan bakar baharu itu.
Langkah ini penting terutama bagi pengguna yang mempunyai cip MyKad rosak kerana aplikasi boleh menjadi alternatif selain mengimbas kad pengenalan di terminal pam.
Seorang pengguna media sosial, Rashida Mohd Ghazali berkongsi langkah demi langkah untuk memudahkan orang ramai bagaimana mahu mendapatkan RON95 pada kadar baharu.
Kami kongsikan panduannya seperti di bawah.
Cara Guna Aplikasi untuk Subsidi Petrol, selain dari scan MyKad di terminal.
Saya terangkan langkah demi langkah cara tebus subsidi petrol melalui aplikasi stesen minyak (contoh: Setel – Petronas, Shell App)
1. Muat turun aplikasi rasmi stesen minyak
Contohnya Setel – Google Play / App Store

2. Daftar akaun & isi maklumat peribadi
Masukkan nama penuh, IC, nombor telefon & emel.
Pastikan IC yang dimasukkan sama dengan MyKad (sistem akan link untuk semakan kelayakan subsidi).
Akaun kena ‘verified’ ya. Kalau tak verified tu maksudnya tak buat lagi scan gambar IC/muka yang comel tu.
3. Aktifkan kaedah pembayaran
Hubungkan dengan kad debit/kredit, atau e-wallet dalam aplikasi.
Sesetengah aplikasi (contoh Setel) boleh top-up balance dan guna terus.
4. Isi minyak di stesen

Buka aplikasi bila sampai di stesen.
Pilih stesen & pam (nombor pam).
Pilih jumlah (RM / liter).
Sistem akan semak kelayakan subsidi.
Jika layak, harga subsidi (contoh RM1.99/liter RON95) akan terus ditunjukkan.
Confirm & mula isi minyak.
5. Resit & rekod transaksi
Resit digital automatik keluar dalam aplikasi.
Boleh semak semula sejarah isian & jumlah subsidi yang telah diterima.
Kalau MyKad cip rosak, aplikasi adalah pilihan paling mudah.
Warganegara asing tak dapat harga subsidi walaupun guna aplikasi sebab kena scan IC juga untuk account being verified.
Apa-apapun kita orang awam ni ‘cubalah’ 30 September 2025 nanti ya, had sebulan 300liter saja (yang maam dengar khabarlah).
Baca & kongsilah hantaran ini pada sedara mara dan kenalan.
Jangan tunggu hari petrol tank dah menyala ‘E’ baru gelabah nak isi minyak minyak cip IC rosak pula. Barulah nak kelam kabut nak muat turun aplikasi dan daftar untuk sahkan akaun.
Buat dari sekarang, berlatih dulu.
BACA JUGA Lima jenis kenderaan mewah ini rupanya banyak tidak perbaharui cukai jalan