Jumlah subsidi petrol RM183 sebulan untuk setiap warganegara
Jumlah subsidi petrol yang diberikan oleh kerajaan Madani kepada setiap warganegara ini adalah RM183 sebulan jika mereka menggunakan sepenuhnya kouta 300 liter sebulan yang diberikan.
Ini kerana, harga sebenar petrol Ron 95 adalah RM2.60 per liter manakala harga subsidi yang diberikan oleh kerajaan adalah RM1.99 per liter mulai 30 September ini.
“Harga Petrol Ron95 tanpa Subsidi RM2.60. Jumlah sebenar subsidi Ron95 sebanyak 300liter bersamaan RM183 bukan RM18.
“Betulkan saya jika saya silap. Tapi jangan cuba membodohkan akal kita sendiri. Kita boleh sama sama berbeza pandangan dan pendapat,” kata netizen Sumardy Abdul Sani.
Beliau menjawab dakwaan satu kumpuan FB, Lanpetpet fans, yang viral kononnya kerajaan hanya memberikan subsidi RM18 sahaja sebulan.
Sementara itu, kenyataan Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz bahawa petrol Ron 95 pernah turun sehingga RM1.25 seliter di zaman Tan Sri Mahiaddin Md Yassin menjadi perdana menteri dikecam oleh netizen.
Aktivis Amanah, Jamzuri Ardani berkata, ketika itu walau serendah mana harga petrol ia tidak boleh digunakan kerana terpaksa berkurung di dalam rumah.
“Ini lawak. Petrol masa PKP korang bagi percuma pun orang tak nak laa. Bukan boleh keluar rumah pun masa tu,” kata Jamzuri.
Harga Petrol Ron95 diturunkan kepada RM1.99 mulai 30 September ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
BACA JUGA LKIM sumbang RM275,000 bantuan peralatan perikanan kepada nelayan Pelabuhan Klang