Heboh ‘kantoi’ curang di klinik kerajaan, ‘seluar bintang’ pula jadi bualan
Imej seluar panjang dengan corak bintang besar dilihat mengundang sindiran di media sosial susulan tularnya rakaman video kes suami didakwa curang di sebuah klinik kesihatan.
Ada yang berseloroh berpendapat motif beberapa butir bintang dengan warna cerah di bahagian bawah seluar itu begitu menonjol yang dari jauh sudah boleh dicam isterinya.
“Mau tak kenal, dah bininya yang belikan di TikTok,” tambah Syuhada Adriana pula sekaligus mengundang reaksi lucu orang ramai.
Terdahulu, tular rakaman video daripada pengguna TikTok, Izyanny yang berjaya ‘menangkap’ suaminya bersama wanita lain di kaunter pengambilan ubat di sebuah klinik kesihatan.
Lelaki yang sedang cuba memeluk bahu wanita itu dilihat terkejut sejurus berpaling ke belakang apabila mendapati isterinya sedang merakam aksi curangnya.
Wanita yang ‘kantoi’ itu pula dilihat cuba melarikan diri sebelum sempat rambutnya ditarik perlahan sambil Izyanny menyoalnya bertubi-tubi dia siapa.
Mengejutkan wanita berkenaan spontan mencarut dan tersasul menjawab, “Kau tanyalah boyfriend… suami kau”.
Dalam masa sama, lelaki tersebut dilihat cuba menyebelahi wanita itu tetapi sempat ditampar isterinya.
Selain video itu yang sudah meraih jutaan tontonan, Izyanny turut berkongsikan tiga klip video lagi yang memaparkan soal jawab beliau dengan suami dan wanita berkenaan.
Rata-rata netizen menyelar lelaki berkenaan yang boleh pula melabel isterinya sebagai biadab selain ditegur kerana merokok dalam kawasan klinik kesihatan.
BACA JUGA ‘Benak ubi sungguhlah, pemimpin Pas bimbang pangkalan haram diroboh’