BUDI95: ‘Sampul ustaz selebriti tak sama macam ustaz kampung’

Rungutan seorang ustaz selebriti berhubung langkah kerajaan MADANI menetapkan had kelayakan subsidi bersasar petrol RON 95 atau BUDI MADANI RON95 (BUDI95) sehingga 300 liter sebulan menarik perhatian ramai.

Antaranya, pendakwah dan penterjemah, Ustaz Syihabudin Ahmad yang menyifatkan rungutan Syed Abdul Kadir AlJoofre sebagai menghiburkan.

“Kami pun pernah jadi penceramah yang merata-rata ni. Yang bayar duit minyak tu tukang jemput.

“Kalau tak cukup, minta kat depalah. Kalau dak, buat online saja – pakai Zoom, tapi tak ada sampullah, mahu?” soalnya menerusi hantaran di Facebook.

Terdahulu, Syed Abdul Kadir yang juga bekas pemimpin Pemuda Pas memberitahu dia menggunakan sekitar 1,000 liter petrol setiap bulan.

Untuk rekod, kajian Jabatan Perangkaan (DOSM) mendapati lebih 99 peratus pemandu kenderaan persendirian di Malaysia tidak melepasi penggunaan petrol 300 liter sebulan.

Malah, Syed Abdul Kadir secara sinis bertanyakan perlukah dia membatalkan semua “pengajian berkitab di Kedah, Perak, Pahang dan lain-lain.”

Malah, dia tertanya-tanya sama ada perlu mengajar di rumah susulan pelaksanaan BUDI95 mulai 30 September ini.

Mengulas lanjut, Ustaz Syihabudin menganggap mantan pimpinan Pas Pusat itu sebagai ‘superman’ bukannya orang biasa.

“Masalahnya, online ka offline ka, selalunya minta sama juga. Tak dak diskaun. 1,000 liter tu bukan orang biasa dah, itu superman. Belanja tak sama.

“Isteri pun bukan satu. Kalau ustaz selebriti, sampul dia tak sama macam ustaz kampung.

“Kata masjid: “Ustaz selebriti, ramai orang mai. Bayaq lebih sebab lagi banyak penuh tabung masjid.”

“Tak percaya? Tanya Ustaz Husam. Dia Ustaz Kampung, masjid bayaq RM200.

“Ustaz KL masjid bayaq RM 7,000 + Hotel + Makan + Flight,” kata Ustaz Syihabudin lagi menyebutkan kembali dakwaan Ahmad Husam Muhamad Baderudin yang tular sebelum ini.

BACA JUGA Pensyarah UUM tarik balik saman terhadap Liyana Marzuki diarah bayar kos RM7,000