Menjawab ustaz Pas merengek tak cukup kuota petrol 300 liter sebulan

Oleh SYAHIR

Rata-rata rungutan berkenaan BUDI95 adalah berkenaan kuota 300 liter yang dikatakan tidak mencukupi terutamanya untuk sesetengah individu tertentu yang penggunaan mereka lebih tinggi daripada purata semua pengguna.

Kementerian Kewangan ada menganggarkan 99% pemandu menggunakan kurang daripada 300 liter setiap bulan.

Sudah tentu ada mereka yang menggunakan lebih daripada 300 liter sebulan.

Jika 1% daripada 16 juta pemilik lesen memandu menggunakan petrol melebihi 300 liter sebulan bermakna lebih kurang 160,000 pemandu di Malaysia akan membayar harga pasaran RM2.60 selepas kuota 300 liter mereka habis digunakan.

Kos maksimum untuk yang menggunakan 300 liter adalah RM597, untuk yang menggunakan 400 liter RM857 dan jika menggunakan 1,000 liter RM2,417 maksimum.

Saya tunjukkan juga purata kos mengisi RON95 berdasarkan 300 liter pertama pada harga RM1.99 dan 301 liter dan ke atas pada harga RM2.60.

Bagi mereka yang menggunakan 1,000 liter, purata kos mengisi RON95 adalah RM2.42 seliter.

Jika dibandingkan dengan harga RM2.05 subsidi pukal sebelum ini, ada kenaikan kos RM367 sebulan atau RM36.70 sebulan.

Kalau setiap malam ada kuliah untuk disampaikan ke seluruh negara, bolehlah mengambil kira pertambahan kos kurang RM40 sehari.

Saya yakin AJK masjid atau surau yang menjemput anda boleh mempertimbangkan kenaikan kos mengisi minyak tersebut.

Kalau ada isteri boleh menggunakan kuota isteri dan dapat kurangkan kos.

Hakikatnya 99% pengguna kenderaan menggunakan kurang daripada 300 liter sebulan.

Ini sudah tentu tidak termasuk pemandu e-hailing, sebab itu kerajaan memberi kemudahan rayuan kuota tambahan kepada pemandu e-hailing.

Kerajaan juga meneruskan subsidi harga RON95 RM2.05 kepada kenderaan sektor pengangkutan awam darat dan sektor pengangkutan barangan di bawah Skim Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS).

Siapa yang guna lebih, kebarangkalian sangat tinggi mereka bukan daripada kumpulan B40 dan M40. Itulah fungsinya subsidi bersasar.

Walaupun kumpulan berpendapatan tinggi masih menikmati subsidi pada harga RM1.99 tapi ada hadnya pada 300 liter sebulan.

BACA JUGA BUDI95: ‘Sampul ustaz selebriti tak sama macam ustaz kampung’