Subsidi RON95 langkah berani kerajaan nokhtahkan ketirisan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan bahawa penurunan harga petrol RON95 adalah langkah berani Kerajaan MADANI, hasil usaha memperkukuh tatakelola dan kewangan negara.

Kata beliau, langkah ini bagi menoktahkan ketirisan lama selain memastikan rakyat mendapat manfaat secara adil.

“Dasar kerajaan adalah jelas bahawa warganegara asing dengan kenderaan luar tidak dibenarkan membeli RON95.

“Sementara pekerja asing dan ekspatriat dengan kenderaan tempatan masih boleh membeli pada harga pam,” katanya ketika Majlis Perhimpunan Bulanan Warga Kementerian Kewangan pagi tadi.

Pada masa sama Anwar berkata, walaupun 99 peratus rakyat Malaysia memadai dengan siling 300 liter sebulan, kerajaan tetap bersedia mempertimbangkan rayuan untuk keperluan khusus seperti bot sungai, janakuasa atau mesin potong rumput.

BACA JUGA Pensyarah UUM tarik balik saman terhadap Liyana Marzuki diarah bayar kos RM7,000