ADUN Pas janji lawan saman fitnah DAP ‘sampai mati’, kenapa minta maaf pula?

Oleh AHMAD MURSI

Hairan apabila YB Pas Sungai Ramal, Shafie Ngah minta maaf dalam saman fitnah MP DAP Bangi YB Syahredzan.

Dulu katanya, akan ‘lawan sampai mati’, jadi kini dia dah matikah?

Kononnya, ini ‘perhitungan melibatkan ideologi – Pas dan DAP’.

Ideologi apa yang menghalalkan Pas untuk fitnah dan tuduh orang lain ‘bukan seorang Muslim yang jujur dan taat serta menyokong ideologi komunis’?

Ini ajaran Islam atau ideologi Khawarij Pas? Perangai mempersoal keimanan lawan politik ini, perangai ghuluw, takfiri dan Khawarij.

Nak tengok perangai ahli-ahli dan pemimpin Pas, lihatlah perangai YB Pas ini.

Kalau benar Pas yakin dengan tuduhan seumpama ini seperti diulang-ulang, inilah masa terbaik untuk buktikan di mahkamah. Kenapa pula minta maaf?

Konon ‘berjiwa besar’ kerana minta maaf, takut duit melayang ke?

Jadi, apa pula hukum makan gaji ADUN atau Ahli Parlimen yang menang dengan kempen fitnah seperti itu?

Inilah beza antara berpolitik menunggang agama dan berpolitik mengikut panduan agama.

BACA JUGA Ramai terkejut suami curang di klinik kesihatan sebut ‘ayaq’, ‘fai’