Bila Pas ‘bercium mulut’ dengan Ramasamy

Pas yang kononnya memperjuangkan Melayu-Islam, sudah ‘bercium mulut’ dengan P. Ramasamy, bekas pemimpin DAP yang kini mengetuai parti baharu berteraskan isu kaum India, Urimai.

Ketua Pemuda AMANAH Kelantan, Zulhazmi Hassan berkata, sikap Pas itu bukti parti pembangkang berkenaan sebenarnya hanya mahukan kuasa.

“… bukan hanya kerana DAP tetapi Pas sebenarnya mahukan kuasa… dia berpeluk dan bercium mulut dengan Ramasamy,” ujarnya.

Syahredzan Johan

Zulhazmi kemudian secara berseloroh bertanyakan Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Syahredzan Johan sama ada parti itu cemburu dengan perubahan sikap Pas sekarang.

“Tidak cemburu, cuma dulu dikatakan (Ramasamy) begitu anti Islam.

“Eh, sekarang ini macam kawan semakin lama semakin rapat. Tapi itulah… Pas dalil berubah-ubah,” kata Syahredzan yang juga Ahli Parlimen Bangi itu.

Julai lalu, Pas diketuai Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengadakan pertemuan bersama Ramasamy di Parlimen.

Tuan Ibrahim dilapor berkata, dia menegaskan bahawa Pas akan sentiasa mempertahankan setiap perkara dijamin oleh Islam dan Perlembagaan semasa pertemuan bersama bekas Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang itu.

Hubungan baik Pas dengan Ramasamy itu mengundang kritikan orang ramai memandangkan Pas sebelum ini kerap melempar kecaman bahawa bekas pemimpin DAP berkenaan sebagai anti Islam.

BACA JUGA Daripada 25 peratus kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak, PM umum kerusi bakal ditambah