YWP terus pacu aspirasi kesejahteraan komuniti melalui program “Menghulur Bantuan”

FOTO BERITA: Program Inspirasi CSR “Menghulur Bantuan” kerjasama Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) Maybank dan JKM di Dewan Wawasan, Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS) Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. (Gambar: YWP)

.Program bermula seawal jam 8.00 pagi dengan ketibaan peserta PPREPKOM, disusuli sesi ice-breaking dan latihan dalam kumpulan bertemakan “Semarak Semangat” bagi membina keyakinan diri dan semangat kerjasama.

Peserta turut menerima perkongsian inspirasi daripada wakil Maybank serta sesi motivasi bersama alumni SMSS, Azra Atiqah Mohamad Mazelin, yang merupakan Pelajar Terbaik SPM dengan pencapaian 10A.

Sebagai tanda keprihatinan korporat, Maybank melaksanakan aktiviti pengindahan kawasan sekolah termasuk mengecat batu hiasan dan kolam ikan. Selain itu, pihak bank turut menyumbangkan dua unit penghawa dingin untuk kegunaan sekolah, sekali gus meningkatkan keselesaan warga SMSS.

Majlis penutup yang berlangsung diserikan dengan kehadiran Pengarah JKM Kuala Lumpur, YBrs. Encik Che Samsuzuki Che Noh; Penolong Pengurus Jabatan Pembangunan Komuniti & Kesejahteraan Sosial YWP, Puan Nadiah Mohd Ariff; serta Head Transaction Banking Maybank, Puan Khalimah Haron.

YWP dalam kenyataan menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat, khususnya Maybank, atas sokongan dan sumbangan dalam menjayakan program ini.

r