AMK buat laporan polis, nafi fitnah PMX punya 20 kaun luar negara termasuk di Israel

FOTO BERITA: πaporan Polis oleh πngkatan Muda Keadilan (AMK) berkaitan fitnah akuan πikTok @π€ππ¦π’π₯_ππππ yang mengaitkan πππ dengan 20 akaun termasuk di Israel di IPD Shah Alam, Seksyen 9, Shah Alam, Selangor. 29hb September 2025 (Isnin)

Danish Hairudin Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), hari ini tampil membuat laporan polis berhubung satu hantaran berbentuk video di akaun TikTok @ka_m112905 yang didakwa mengandungi kenyataan fitnah berunsur jenayah terhadap YAB Perdana Menteri, Datoβ Seri Anwar Ibrahim.

βFitnah ini jelas bertujuan merendahkan maruah serta menjejaskan reputasi Perdana Menteri, selain mencetuskan persepsi negatif terhadap kepimpinan negara,β katanya.

Beliau menegaskan, tuduhan tersebut merupakan cubaan mengitar semula fitnah lama yang telah pun disangkal oleh pihak berkuasa sebelum ini. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan bertarikh 26 September 2025 menafikan dakwaan tersebut, sambil menjelaskan bahawa siasatan telah dilakukan sejak tahun 1990 oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan tiada bukti yang mengaitkan Perdana Menteri dengan sebarang salah laku rasuah atau penyalahgunaan kuasa.

Penjelasan itu turut disokong melalui akuan bersumpah mantan Pengarah Siasatan BPR, Datuk Abdul Razak Idris pada tahun 2009, manakala portal WikiLeaks juga menafikan pernah menyiarkan senarai akaun bank seperti yang didakwa.

βTuduhan berniat jahat seperti ini hanya membangkitkan politik kebencian dan berpotensi merosakkan nama baik Perdana Menteri, sama ada di dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa,β tegas Ahmad Danish.

Beliau turut memohon pihak polis menjalankan siasatan lanjut dan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik akaun TikTok tersebut di bawah peruntukan undang-undang, khususnya Seksyen 500 Kanun Keseksaan berhubung fitnah jenayah.

βBudaya politik fitnah yang tidak beretika dan tidak bertanggungjawab seperti ini mesti dihentikan segera,β tambahnya.