Azmin juara merajuk, kata Wan Saiful
Ahli parlimen Tasek Gelugor Datuk Wan Saiful Wan Jan menyifatkan setiausaha Bersatu Datuk Seri Azmin Ali sebagai juara merajuk.
“Juara merajuk Malaysia ala-ala drama queen ini memang kita boleh beri kepada Datuk Seri Azmin Ali.
“Itu special award yang kita boleh beri kepada dia.
“Azmin ni terkenal suka merajuk dan mengugut.”
Antara yang diugut ialah Tan Sri Rahim Thamby Chik agar membuat aduan disiplin terhadap pimpinan Bersatu Melaka.
“Jika tak buat aduan disiplin Bersatu Melaka takkan dapat peruntukan untuk pilihan raya negeri akan datang.”
Wan Saiful berkata demikian dalam satu sidang media yang mengkritik pimpinan Azmin.
Sebelum itu beliau turut menyatakan bahawa Azmin tidak layak menjadi sebahagian pimpinan Bersatu ekoran video kabur di 4 Seasons Hotel, Sabah.