Berbaki 10 jam lagi sebelum sampai ke zon kuning, terus sumud!

Sukarelawan yang menyertai misi kemanusiaan Flotila Sumud Global (GSF) ke Semenanjung Gaza bakal tiba di zon kuning bila-bila masa dalam tempoh 10 jam lagi, berdasarkan perkembangan terakhir dikongsikan seorang peserta sukarelawan.

Rahmat Ikhsan atau lebih dikenali sebagai PU Rahmat memuat naik perkembangan terkini di Facebook kira-kira tengah malam tadi.

“Kurang lebih 20 jam sebelum sampai ke zon kuning. Terus sumud!!”.

Setakat berita ini ditulis pada jam 9.40 pagi, berbaki lebih kurang 10 hingga 11 jam lagi sebelum kumpulan misi kemanusiaan ini tiba di zon kuning.

Dalam satu hantaran berasingan pada jam 4.30 pagi tadi pula, beliau memaklumkan tiada dron atau pintasan radio berlaku.

Untuk rekod, seramai 34 rakyat Malaysia berada di atas beberapa kapal dalam misi Global Sumud Flotila yang membawa bantuan kemanusiaan meliputi bekalan makanan, ubat-ubatan dan mesej keamanan.

BACA JUGA Saya setuju Bala baca Quran, tapi…