Gerai sate, nasi lemak Malaysia laku keras di China

Siapa menduga menu popular nasi lemak yang menjadi hidangan tradisi rakyat Malaysia kini mendapat sambutan luar biasa di China.

Seorang pengguna TikTok, @sinwantz_ , merupakan usahawan Malaysia yang banyak memperkenalkan makanan tempatan kepada negara tembok besar itu.

Antara yang menarik adalah sate dan nasi lemak. Dalam beberapa video sebelum ini dia berkongsi keadaan khemah jualannya di sebuah festival makanan di Nanjing, China yang dikerumuni pelanggan mahu mencuba hidangan sate.

Terbaru dalam video berasingan, menu nasi lemak yang diperkenalkannya tidak kurang hebat juga apabila penerimaan yang ditunjukkan sangat positif.

“Seumur hidup baru nak jumpa makanan Malaysia, macam ini lah gayanya,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Perkongsian video tersebut mendapat sambutan positif dari pengguna yang turut berbangga melihat keunikan makanan Malaysia disukai warga tempatan China.

Difahamkan, penganjur festival makanan di China yang mula-mula menghubungi individu berkenaan untuk menyertai festival tersebut bagi mengetengahkan makanan Malaysia.

BACA JUGA Berbaki 10 jam lagi sebelum sampai ke zon kuning, terus sumud!