Pengkritik kerajaan Madani ditahan polis di Negara Thai

Pengulas politik yang kritikal terhadap kerajaan Madani, Murray Hunter telah ditahan oleh pihak berkuasa Negara Thai kerana menerbitkan bahan fitnah di media sosial.

Hunter telah ditahan di Lapangan Terbang Suvarnabhumi Bangkok pagi ini ketika beliau dalam perjalanan peribadi ke Hong Kong.

Menurut laporan FMT, seorang pegawai imigresen menyatakan bahawa penahanan Hunter dibuat setelah mendapat waran tangkap daripada mahkamah jenayah Bangkok selatan.

Hunter dijangka dipindahkan ke balai polis Yannawa di Bangkok di mana pegawai penyiasat akan mengambil alih siasatan dan menyediakan dokumentasi mahkamah.

Hunter seorang warga Australia yang kini menetap di Negara Thai.

Sebelum ini beliau pernah menjadi pensyarah di Universiti Malaysia Perlis.

Penulisan beliau yang banyak mengkritik kerajaan Madani dan menyokong Perikatan Nasional masih boleh dibaca di laman Facebooknya.

BACA JUGA: Bersatu Negeri Sembilan bergolak, Chegu Bard dakwa Hanifah Abu Baker macam-macam