16 juta rakyat nikmati BUDI95 RM1.99 mulai hari ini, pembangkang masih merungut
Sekitar 16 juta rakyat Malaysia berumur 16 tahun ke atas, menikmati subsidi petrol RON95 pada harga RM1.99 seliter mulai hari ini, menerusi peluasan inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95).
Warganegara yang memiliki MyKad dan lesen memandu aktif layak menerima BUDI95 berbanding harga pasaran semasa RM2.05 seliter dengan siling bulanan RON95 bersubsidi hingga 300 liter sebulan.
Peringkat pertama pelaksanaan BUDI95 pada 27 September lalu membabitkan kira-kira 300,000 anggota polis dan tentera.
Kelmarin pula, peringkat kedua BUDI95 membabitkan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) daripada golongan B40.
Walau bagaimanapun, penyokong pembangkang dilihat masih merungut kononnya transaksi pembelian petrol yang memerlukan pengesahan kelayakan melalui MyKad atau lesen memandu itu sebagai menyusahkan.
Padahal, BUDI95 menawarkan kaedah pembayaran secara digital melalui e-dompet Touch ‘n Go dan aplikasi rasmi syarikat minyak seperti Setel (Petronas), CaltexGo dan Shell App.
Terdapat juga terminal untuk penggunaan MyKad terutamanya di stesen minyak lebih besar yang membolehkan pembeli menggunakan MyKad terus di pam untuk pengesahan kelayakan subsidi tanpa perlu ke kaunter.
Subsidi BUDI95 juga banyak membantu meringankan beban pengguna walaupun pembangkang memperlekeh kononnya tidak banyak perbezaan dengan harga pasaran.
BACA JUGA ‘Hebat’ bacaan Qunut Nazilah MP Jasin, PN terpalit penangan video songsang