Pengguna ingatkan harga sebenar RON95 bersubsidi terpampang di resit
Seorang pengguna media sosial mengingatkan kepada orang ramai bahawa harga sebenar petrol bersubsidi menerusi inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) adalah seperti tertera di resit pembayaran.
Menerusi perkongsian di TikTok, dia yang memperoleh subsidi RON95 sebanyak RM24.99 menunjukkan paparan angka pada meter di pam minyak yang berbeza dengan jumlah tertera pada resit.
“Harga pada pam harga RON95 sebelum subsidi RM106.50. Isi penuh RM81.51 sahaja pada resit.
“Korang jangan keliru. Nanti ada pula geng walaun, lebai tak faham, nanti kata macam-macam. Harga sebenar di resit,” jelasnya.
Dalam masa sama, beliau memuji langkah Petronas dalam melaksanakan inisiatif pengisian petrol RON95 bersubsidi melalui aplikasi Setel yang disifatkan mudah dan praktikal.
“Good job @PETRONAS for the initiative. Very good sebab turun ajar hands on untuk macam mana isi minyak guna subsidi,” tulisnya.
Menurut pengguna berkenaan, proses pengisian minyak menerusi aplikasi itu tidak sepatutnya menjadi isu besar seperti yang menjadi rungutan penyokong pembangkang kerana ia boleh dilakukan dengan mudah.
“Apa yang susah sangat yang korang complain tu? Pakai aplikasi Setel dah settle takyah pening,” katanya lagi.
Beliau turut mengingatkan pengguna lain supaya melengkapkan proses pengesahan dengan memuat naik MyKad dalam aplikasi Setel bagi memastikan kelancaran urusan pembelian petrol bersubsidi.
Inisiatif tersebut merupakan sebahagian daripada pelaksanaan program subsidi bersasar RON95 yang diumumkan kerajaan, dengan tujuan memastikan bantuan lebih tersasar kepada golongan yang layak.
BACA JUGA 16 juta rakyat nikmati BUDI95 RM1.99 mulai hari ini, pembangkang masih merungut