Pelan Gaza Trump: Ini reaksi Malaysia
Malaysia menyambut baik usaha Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk menamatkan perang Israel di Gaza melalui pelan komprehensif, sambil menyuarakan harapan ia dapat dilaksanakan sepenuhnya.
“Malaysia berharap pelan ini dapat dilaksanakan dengan sebaiknya, seterusnya membolehkan penghantaran bantuan kemanusiaan disalurkan tanpa halangan, pengunduran pasukan Israel, kepulangan pelarian dan rakyat Palestin yang dipindahkan secara paksa, serta pembinaan semula Gaza,” menurut kenyataan itu.
Kementerian Luar menegaskan perlunya pelaksanaan pelan tersebut selaras undang-undang antarabangsa, Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dan resolusi berkaitan, selain perlindungan kepada rakyat Palestin serta menangani isu keadilan dan akauntabiliti.
“Semua ini adalah penting untuk mencapai keamanan yang adil dan berkekalan, keselamatan serta kestabilan untuk semua pihak di rantau berkenaan,” menurut kenyataan itu.
Kementerian Luar berkata, Malaysia bersedia bekerjasama dengan AS dan anggota masyarakat antarabangsa lain dalam menyokong usaha murni mencapai keamanan di Gaza, memastikan pengintegrasian Gaza dengan Tebing Barat serta merealisasikan penubuhan sebuah negara Palestin merdeka dan berdaulat, berasaskan sempadan pra-1967 dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negara.
Pelan 20 perkara Trump meliputi pelucutan senjata Hamas dan pentadbiran baru tanpa Hamas mahupun Palestinian Authority.
BACA JUGA: Trump’s 20-point peace plan for Gaza