13 peserta GSF Malaysia kini dalam status ‘lost contact’

Pusat Komunikasi dan Koordinasi Selat (SNCC) mengesahkan seramai 13 orang rakyat Malaysia dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) telah terputus hubungan dan tidak diketahui perkembangan mereka setakat ini.

Setakat pagi ini kesemua mereka disahkan ditahan pihak berkuasa Israel.

13 orang yang ditahan adalah seperti berikut 

1) PU Rahmat Ihsan(Estrella)

2) Norhelmi(Estrella)

3) Mohd Asnawi(Estrella)

4) Norazman(Estrella)

5) Musa Nuwayri (Alma)

6) Iylia Balqis (Alma)

7) Sul Aidil (Alma)

8) Zizi Kirana (Huga)

9) Ardell Aryana (Mikano)

10) Haikal Abdullah (Sirius)

11) Muaz Zainal (Sirius)

12) Zulfadhli (Sirius)

13) Rusydi Ramli(Sirius)

Beberapa mesej SOS daripada peserta Malaysia juga tular, menandakan mereka kini telah diculik oleh tentera laut Israel dalam insiden pemintasan flotila bantuan ke Gaza.

Musa, Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Syria Malaysia, merupakan salah seorang daripada 34 rakyat Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) – konvoi kemanusiaan antarabangsa yang membawa bantuan makanan, ubat-ubatan dan mesej solidariti ke Gaza.

Kapal Alma yang dinaiki beliau dilaporkan telah dipintas bersama lima lagi kapal oleh tentera Israel di perairan antarabangsa pada awal pagi tadi.

BACA JUGA 6 kapal termasuk peserta Malaysia ditahan Israel, kapal lain dilanggar

BACA JUGA Israel biadab pintas 3 kapal Sumud Flotila, tahan aktivis

BACA JUGA ‘See you in jail’ – siaran langsung terakhir Ardell Aryana sebelum kapal ditawan zionis