6 kapal termasuk peserta Malaysia ditahan Israel, kapal lain dilanggar

OLEH FATHI ARIS OMAR

TERKINI Enam bot, termasuk 8 aktivis Malaysia di atasnya, telah ditahan, lapor Al Jazeera (setakat jam 5.00 pagi waktu Malaysia). 

Sebelum ini, bot lain dilaporkan terus maju. Lebih 40 bot yang membawa 500 aktivis berada dalam gerakan Global Sumud Flotilla. 

Kru bot Alma ditahan. Bot ini bawa 3 aktivis Malaysia (4.04 pagi waktu Malaysia). 

Dua lagi turut ditahan: Sirius bawa 4 aktivis Malaysia dan 1 lagi aktivis negara kita di atas Huga, menurut Facebook Sumud Nusantara Official. 

Penyanyi Zizi Kirana di atas kapal Huga, mesejnya dimuat naik di Sumud Nusantara Official. Begitu juga mesej 7 lagi yang turut ditahan.

Sirius membawa Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khairudin dan Rusydi Ramli, manakala

Alma pula membawa Iylia Balqis, Musa Nuwayri dan Sul Aidil.

Reuters melaporkan kamera siaran langsung dari atas bot yang ditawan telah ditutup (The flotilla says some of its vessels have been boarded by military, and the livesteams from those boats cut.)

Al Jazeera lapor Greta Thunberg (bot Alma) sudah ditahan, dibawa naik kapal rejim. 

Aktivis Itali lancar demonstrasi besar sebagai menyatakan bantahan selepas sekatan rejim. Begitu juga di kota-kota lain di Eropah dan Afrika: Athens, Rom, Berlin, Brussels dan Tunis. 

Al Jazeera lapor rejim langgar sebuah bot dan guna meriam air (water canon) ke atas beberapa bot lain seperti Yulara dan Meteque. 

Melalui satu klip video, ada aktivis rancang mogok lapar, tidak akan ambil makanan rejim jika ditahan.

Colombia ambil keputusan halau diplomat rejim! 

Protes merebak ke Turkiye, demo di depan konsulat tejim di Istanbul. Begitu juga di Barcelona. 

BACA JUGA ‘See you in jail’ – siaran langsung terakhir Ardell Aryana sebelum kapal ditawan zionis