Ahad 6 petang waktu Washington… tempoh waktu untuk Hamas bersetuju dengan pelan perdamaian Gaza

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump telah memberikan satu tempoh waktu agar Hamas bersetuju dengan pelan perdamaian anjurannya.

“Satu perjanjian mesti dicapai dengan Hamas menjelang Ahad enam petang, waktu Washington DC (6 pagi waktu Malaysia).

“Semua negara telah menandatanganinya. Jika perjanjian peluang terakhir ini tidak dicapai, huru-hara yang besar akan tercetus untuk Hamas,” kata Trump menerusi akaun media social Truth Social.

Sebelum ini Trump memberikan Hamas tiga hingga empat hari untuk bersetuju dengan 20 perkara termasuk seruan agar Hamas menyerahkan senjata.

Sebelum ini permintaan tersebut telah ditolak.

Hamas sedang mempertimbangkan 20 perkara tersebut.

Ia meliputi gencatan senjata, pertukaran tawanan Hamas dengan banduan Israel, pengunduran Israel secara berperingkat dari Gaza, penyahsenjataan Hamas dan pengenalan kerajaan peralihan yang diketuai badan antarabangsa.

BACA JUGA: Konteks lawatan Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN diperjelaskan