AWAN mahu 40% calon PRU akan datang terdiri daripada wanita
Ketua Angkatan Wanita AMANAH Negara (AWAN) merangkap Ketua Wanita Pakatan Harapan Datuk Hajah Aiman Athirah Sabu mengumumkan bahawa sayap pimpinannya mahu mengetengahkan lebih ramai calon Wanita untuk bertanding dalam pilihan raya umum.
“Kita hantar 26%. dalam pilihan raya umum yang lalu. Untuk pilihan raya akan datang kita nak hantar 40% calon wanita.
Pada masa yang sama beliau menambah calon-calon tersebut perlu mempunyai ciri-ciri yang tidak akan dikompromi.
“Di sudut kualiti dan merit, kita tak boleh kompromi.”
Beliau berkata demikian dalam sesi Jangan Pajak Otak kendalian Liyana Marzuki yang diadakan dalam Himpunan Satu Dekad AMANAH.
Himpunan Satu Dekad Parti AMANAH Negara berlangsung pada hari ini dengan tema Satu Dekad Satu Misi Satu Hati di Stadium Titiwangsa sejak tengah hari sempena meraikan ulang tahun parti yang kesepuluh.
AMANAH telah ditubuhkan pada 16 Sept 2015.
BACA JUGA: Sah, kesemua 23 sukarelawan GSF dibebaskan, kata PM Anwar