Jemput Trump: Ini jawapan Menteri Luar
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan bahawa jemputan kepada Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 telah dibuat atas kapasiti Malaysia sebagai pengerusi ASEAN.
Beliau menegaskan bahawa ia ‘bukan jemputan dua hala yang normal’.
“Beliau dijemput (oleh Malaysia) kerana kita ialah pengerusi ASEAN,” kata Mohamad dalam satu sidang media.
Penjelasan ini dibuat ekoran protes di depan Kedutaan Amerika Syarikat ekoran sekatan Israel ke atas Flotila Sumud.
Selain daripada Trump, pimpinan dunia dari Asia, Eropah, Kanada, Afrika dan Amerika Selatan dijangka menghadiri sidang kemuncak ini bulan ini.
BACA JUGA: Ahad 6 petang waktu Washington… tempoh waktu untuk Hamas bersetuju dengan pelan perdamaian Gaza