Ada aktivis direntap tudung, foto Ardell guna tshirt tutup kepala jadi bualan

Kelibat sukarelawan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF), Ardell Aryana ketika tiba di Turki malam tadi menjadi sorotan ramai.

Salah satu foto menjadi bualan ramai selepas Ardell didapati tidak lagi mengenakan tudung yang biasa digunakan di atas kapal.

Jika diperhati dari jarak dekat, pempengaruh itu mengenakan tshirt berwarna putih di atas kepala bagi menggantikan tudung.

Ia mencetuskan banyak tanda tanya, yang mendakwa Ardell adalah salah seorang aktivis yang tudungnya telah direntap oleh tentera zionis Israel ketika di dalam penjara.

Mereka merujuk kepada kenyataan aktivis Turki, Semanur Sonmaz Taman yang mendedahkan bahawa tentera Israel telah mengasari aktivis wanita yang ditahan di penjara dengan mencabut tudung mereka.

Dilaporkan, rakan aktivis wanita yang tidak memakai tudung kemudian memberikan sukarelawan Muslim baju untuk menutup kepala.

Susulan kenyataan itu, pengguna media sosial menularkan foto Ardell yang terlihat menutup kepala menggunakan tshirt dan bukan tudung.

Bukan hanya Ardell tetapi beberapa aktivis lain juga dilihat tidak memakai tudung yang sama seperti yang dipakai di atas kapal sebelum ditahan.

BACA JUGA Hazwani dedah kekejaman Israel, ‘kami dilayan seperti binatang, tak diberi makan dan air bersih’