Kejayaan bawa pulang 23 peserta GSF bukti kekuatan diplomasi PM
Kejayaan Malaysia membawa pulang 23 orang peserta Global Sumud Flotilla (GSF) membuktikan kekuatan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kekuatan Diplomasi Kerajaan Madani.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, di bawah koordinasi kerajaan Malaysia, termasuk rundingan berlapis melibatkan beberapa negara, setiap langkah diatur dengan tenang dan bijaksana demi memastikan keselamatan rakyat terjamin.
Menurutnya, KDN telah memainkan peranan penting dalam rundingan antarabangsa ini, termasuk perbincangan dengan Wakil Khas Presiden Donald Trump, Steve Witkoff, bagi memperkukuh saluran komunikasi dan menyokong usaha diplomatik Perdana Menteri.
“Inilah bukti nyata bahawa Kerajaan Madani bukan sekadar slogan tetapi sebuah kerajaan yang bekerja dengan ikhlas, berjuang dengan tekad, dan mendahulukan keselamatan serta maruah rakyat Malaysia di mana jua mereka berada,” katanya dalam satu perkongsian di Facebook.
BACA JUGA Acara agensi Kementerian Pelancongan ada minuman beralkohol? Ini penjelasan menterinya