Mat Sabu masuk IJN kerana simtom keletihan

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu kini sedang menjalani dan menerima rawatan rutin di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Dalam satu siaran media oleh pejabat KPKM, pasukan perubatan menasihatkan beliau untuk berehat disebabkan terdapat simptom keletihan. 

“Keadaan beliau adalah stabil. 

“Buat masa ini, YB Datuk Seri Menteri tidak dapat menerima tetamu bagi membolehkan beliau mendapat rehat yang secukupnya,” maklum kenyataan itu.

Pejabat Menteri merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas doa dan keprihatinan semua pihak terhadap kesihatan YB Menteri.