Perlekeh misi Global Sumud Flotilla ke Gaza sama macam cicak

Pihak yang memperlekeh misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla ke Gaza disamakan netizen seperti perangai cicak dalam kisah Nabi Ibrahim.

Sindiran itu tercetus susulan tularnya video individu dikenali sebagai Jebat Derhaka yang menganggap misi kemanusiaan itu sebagai wayang.

Bagi pengguna TikTok, Faiz, tindakan Jebat Derhaka dan sebilangan rakyat Malaysia khususnya dalam kalangan Melayu Islam terhadap misi tersebut disifatkan sebagai salah dan tidak berasas.

Beliau berpendapat, mereka gagal memahami tujuan sebenar konvoi kemanusiaan yang bertujuan menghantar bantuan dan memberi tekanan moral kepada rejim pengganas Zionis.

“Pandangan Jebat Derhaka dan sebilangan orang Melayu Islam tentang misi Sumud Flotilla amatlah salah, ikut logik pun tak betul,” katanya sambil turut memuat naik video animasi kisah burung pipit dan cicak dalam peristiwa Nabi Ibrahim AS dibakar oleh Raja Namrud.

“Ini video kanak-kanak, bagi mudah level otak macam Jebat Derhaka dan pengikut logik dia faham,” tegasnya lagi.

Rata-rata netizen bersetuju bahawa mereka yang memperlekeh misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla ke Gaza samalah seperti perangai cicak.

Dalam kisah Nabi Ibrahim ketika dibakar oleh Raja Namrud, ada burung pipit berulang-alik cuba memadamkan api dengan membawa air di paruhnya tetapi cicak meniup api supaya lebih marak.

Misi Gloal Sumud Flotilla (GSF) ke-37 mengundang perhatian dunia apabila dihalang secara angkuh dan biadab oleh pengganas Israel.

Rejim haram zionis yang menculik dan menzalimi ratusan sukarelawan misi itu turut mencelikkan warga dunia mengenai kekejaman Israel sehingga tercetusnya kecaman global dan demonstrasi besar-besaran di banyak negara.

@faizreaction

Replying to @simontemplerthesaints . Pqndangan JEBAT DERHAKA dan sebilangan orang malaysia, dan melayu islam tentang misi SUMUD FLOTILA amat lah salah, ikut logik pun tak betul. ini video kanak-kanak, bagi mudah Level otak macam Jebat Derhaka dan pengikut logik dia paham.. #jebatderhaka #breakthesiege #sumudnusantra #sumudflotilla #fyp

♬ original sound – FaizReaction – FaizReaction

BACA JUGA Motac minta maaf, akan pastikan tidak berulang