Motac ambil alih penganjuran Le Tour de Langkawi (LTdL)?
Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (Motac) mungkin akan menjadi penganjur perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) mulai tahun hadapan.
Perlumbaan tahap UCI ProSeries ini telah dianjurkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) selama tiga tahun ekoran timbulnya isu tidak kegagalan pembayaran hadiah wang sebelum itu.
Menurut Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, MSN akan dapat menumpukan perhatian terhadap pembangunan sukan di peringkat prestasi tinggi sekiranya Motac berbuat demikian.
“LtDL ialah produk sukan dan juga produk pelancongan. Menteri MOTAC dan saya sedang membincangkan kesesuaian LtDL, sama ada di MSN atau Motac.
“Motac telah menyokong LTdL sejak perlumbaan ini disiarkan di Eropah dan memainkan peranan penting dalam mempromosi pelancongan.
“Hasrat kita ialah untuk membenarkan MSN tumpu pada (Program) Podium dan (pembangunan) atlet berprestasi tinggi.
Tenaga kerja dan belajawan MSN kini terlalusedikit kerana mereka juga terlibat dalam inisiatif pembangunan peringkat akar umbi seperti Program Pembangunan Bolasepak Kebangsaan, Program Pembangunan Hoki Kebangsaan dan Program Pembangunan Ragbi Kebangsaan.
Satu kertas kerja sedang diusahakan oleh kedua-kedua kementerian dan ia akan dibentangkan kepada Kementerian Kewangan untuk kelulusan.