‘Pakcik sniper’ Turki buat hal lagi di Kejuaraan Eropah
Yusuf Dikec, atlet menembak dari Turkiye, sekali lagi mencuri perhatian dunia apabila dilaporkan menyertai Kejuaraan Menembak Eropah 2025 baru-baru ini.
Setelah menyertai Olimpik Paris sehingga menjadi fenomena, dia dilaporkan memenangi pingat emas dalam pertandingan menembak berkenaan.
Dengan hanya kemeja-T dan tangan kiri diseluk ke dalam poket serta tiada pelindung mata ketika beraksi dalam acara itu, Yusuf Dikec sekali lagi tular di media sosial.
Dikec, sebelum ini pernah menjadi tular sewaktu Sukan Olimpik Paris 2024 apabila gayanya yang tenang menarik perhatian ramai.
Video aksi terbaharunya turut mendapat jutaan tontonan di media sosial, dengan ramai pengguna mengulas bahawa gaya Dikec yang tampak “selamba tapi berbisa”.
Untuk rekod, Dikec bukanlah atlet amatur, sebaliknya dia sudah membuat lima penampilan Olimpik.
BACA JUGA Motac minta maaf, akan pastikan tidak berulang