Bayaran STR Fasa 4 masuk awal dua hari sebelum Deepavali

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan menerima bayaran dua hari sebelum sambutan perayaan Deepavali pada 20 Oktober ini.

Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 2025 berjumlah RM2 bilion yang dijadualkan untuk November, akan diawal dan disalurkan mulai 18 Oktober ini.

Dalam masa sama, kerajaan turut bersetuju meluluskan diskaun tol 50 peratus untuk dua hari sempena perayaan Deepavali.

Menurut Perdana Menteri, pada tahun ini, kerajaan menyediakan RM13 bilion untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang memberi manfaat kepada hampir sembilan juta penerima.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, SARA bulanan diterima baik rakyat dengan kadar penggunaan mencecah 98 peratus.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, ia kaedah bersasar yang memastikan SARA diguna untuk membeli barangan asas, seperti makanan, ubat dan alat sekolah.

“SARA juga membantu 8,400 premis, termasuk 2,000 kedai runcit kecil.

“aya sempat meninjau pelaksanaan SARA di kedai runcit Baling, Kedah dan melihat sendiri produk tempatan, seperti Kopi Cap Gantang dan Kicap Lembu Berlaga boleh dibeli melalui SARA.

“Ini tentunya akan diperluas supaya lebih banyak kedai runcit kecil di desa dan kedai koperasi dibabitkan serta lebih banyak barang tempatan disenaraikan,” kata Perdana Menteri lagi.

BACA JUGA Kerajaan kutip RM15.5 bilion hasil wang yang disakau dan dirompak