Bank Negara sasar Ringgit capai RM4 berbanding 1 USD hujung tahun ini

Bank Negara Malaysia menyatakan keyakinan Ringgit dijangka mampu mencapai kepada RM4 berbanding dolar AS hujung tahun ini.

Gabenor BNM, Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata, ia mungkin boleh dicapai dengan prospek ekonomi yang cerah.

“Sasaran ini mungkin boleh (dicapai) menerusi prospek ekonomi yang cerah,” katanya ketika ditanya mengenai potensi itu selepas pelancaran Forum Kewangan Islam Global (GIFF) 2025 yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menurut Bernama.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan baru-baru ini dilaporkan berkata ringgit dijangka terus mencatat kenaikan berikutan perbelanjaan domestik yang kukuh serta langkah fiskal berhemat kerajaan yang membantu meredakan impak tarif Amerika Syarikat (AS).

Amir Hamzah berkata mata wang tempatan itu mungkin mengukuh “bawah sedikit” RM4 berbanding dolar AS dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Menurut Kementerian Kewangan dalam Tinjauan Ekonomi 2026 yang dikeluarkan baru-baru ini, ringgit mengukuh kepada RM4.2253 atau meningkat 5.8 peratus berbanding dolar AS bermula awal tahun ini hingga akhir Ogos 2025.

BACA JUGA Perlekeh Belanjawan 2026 ‘tempang’, MP Bachok wajar nilai pentadbiran Pas di Kelantan