Jumlah pelawat asing ke Malaysia meningkat 14.5%
Jumlah pelawat asing telah meningkat sebanyak 14.5% bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.
Menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing, jumlah pelawat asing dalam tempoh tersebut untuk 2024 ialah 24,665,306 orang manakala 28,242,804 tiba dalam 2025.
“Sepanjang tempoh tersebut, Singapura kekal sebagai sumber utama ketibaan pelawat asing dengan 14 juta orang, meningkat 18.1% berbanding tahun sebelumnya.
“Ia diikuti oleh China dengan 3.3 juta pelawat (peningkatan 27.5%), Indonesia sebanyak 2.9 juta (peningkatan 6.8%), Thailand 1.6 juta (peningkatan 5.8%), dan India seramai 1.1 juta pelawat iaitu peningkatan sebanyak 22.5% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2024.”
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Wong Shu Qi (PH-Kluang) dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.