Kenapa pilih laksana BUDI95 dan bukan model apungan? Ini penjelasan mudah faham

OLEH NAZRI HAMDAN

Menurut Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican, kerajaan pilih pendekatan Budi95 sebab nak hentikan kebocoran subsidi yang dah lama berlaku.

Ia adalah keadaan di mana petrol RON95 murah Malaysia banyak diseludup keluar sebab harganya jauh lebih rendah dari pasaran sebenar.

Menurut beliau, kalau kerajaan pilih model terapung dan bagi bantuan tunai, kesannya lebih sukar dikawal sebab rakyat mungkin cepat habiskan duit tu dan akhirnya tetap tertekan dengan kenaikan harga barang.

Dengan sistem Budi95, hanya rakyat Malaysia yang ada lesen sah dapat harga subsidi RM1.99 seliter, manakala warga asing bayar harga pasaran RM2.60 dan dengan cara ni lebih tersusun dan terus beri kesan masa isi minyak di pam.

Beliau juga ingatkan pengalaman “pahit” masa zaman Pak Lah bila harga minyak dinaikkan dan kerajaan bagi bantuan tunai di mana rakyat cepat berbelanja dan akhirnya salahkan kerajaan bila inflasi naik.

Sebab tu Budi95 dianggap pendekatan lebih “feel-good” iaitu rakyat terus rasa minyak murah, walaupun hakikatnya harga sebenar lebih tinggi.

Tapi menurut wakil Bank Dunia, sistem ni belum cukup efisien untuk jangka panjang sebab negara lain lebih berjaya guna model harga terapung dan bantuan tunai bersasar.

Cuma Malaysia belum ada sistem pengesanan dan agihan tunai yang cukup mantap, jadi buat masa sekarang, Budi95 ni kira langkah paling praktikal untuk elak ketirisan.

BACA JUGA Bersatu dalam gerhana, Wan Saiful dipecat Wan Ahmad Fayshal digantung sepenggal