Lewat malam WhatsApp surat pecat, Wan Saiful sindir kecekapan parti
Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan, menyindir tindakan parti yang sanggup “bekerja lebih masa” sehingga lewat malam untuk menghantar surat penggantungan keahlian melalui WhatsApp kepadanya.
Beliau secara sinis memuji kepantasan dan kecekapan partinya dalam urusan pentadbiran parti.
Wan Saiful menerima surat pemecatan ahli pada jam 10.45 malam, manakala Wan Fayhsal Wan Ahmad Kamal pula menerima surat penggantungan pada jam 10.30 malam tadi.
“Saya sahkan kami menerima surat makluman keputusan lembaga disiplin. Saya dah senak dengan rakan-rakan Ketua bahagian malam tadi. Saya dapat jam 10.45 malam.
“Ini satu perkhidmatan cekap. Saya puji kepantasan dan kecekapan sampai tengah malam boleh over time. Surat dihantar melalui WhatsApp,” katanya.
Wan Saiful berkata, beliau dan Wan Ahmad Fayhsal akan meneliti keputusan dibuat Lembaga Disiplin dan mempertimbangkan sama ada akan mengemukakan rayuan dalam tempoh 14 hari.
Beliau turut menegaskan mereka kekal setia dalam perjuangan Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) serta tidak akan meninggalkan parti itu.
“Bersatu ialah parti yang kami bina bersama ahli di akar umbi, bukan milik peribadi. Ia tidak boleh ditunggang sesiapa untuk selamatkan diri atau ahli keluarga mereka,” katanya.