PM Anwar menjawab soalan yang tertunda
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab dua isu yang tertunda sebelum ini kerana beliau mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong.
Isu pertama ialah pendirian kerajaan Malaysia berhubung pelan damai anjuran Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dalam konflik Israel- Hamas di Gaza.
Isu ini dibangkitkan oleh Datuk Shahar Abdullah (BN-Paya Besar).
Isu kedua ialah berkaitan tahap persediaan kerajaan untuk menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2026 daei segi promosi antarabangsa, penglibatan kerajaan negeri dan perbelanjaan berasaskan nilai untuk wang. Isu ini dibangkitkan oleh Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah).
Waktu pertanyaan lisan menyaksikan Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (PN-Rantau Panjang) meminta Menteri Kewangan menyatakan keberkesanan pelaksanaan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam membantu golongan B40 serta isu laoiran kelewatan sebahagian penerima luar bandar.