Bersatu dalam gerhana, tapi presidennya umum penubuhan IPR

Bersatu dalam gerhana ekoran pemecatan Datuk Wan Saiful Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) dan penggantungan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) tetapi presiden parti Tan Sri Mahiaddin Yassin yang juga pengerusi PN telah mengumumkan penubuhan Ikatan Prihatin Rakyat (IPR).

IPR telah ditubuhkan susulan resolusi yang diluluskan dalam satu sidang meja bulat petang semalam. Ia terdiri daripada komponen Perikatan Nasional dan parti pembangkang yang tidak menyertai mana – mana blok politik.

“Sebuah secretariat akan ditubuhkan untuk meneliti konsep dan aspek hidup masyarakat yang juga akan dibincangkan dalam kongres kebangsaan “selamatkan Malaysia” tahun hadapan,” kata Mahiaddin dalam satu kenyataan malam tadi.

Kenyataan tersebut turut ditandatangani pimpinan Pas, Gerakan, MIPP, Berjasa, Pejuang, Putra, Muda, MAP, Iman dan Urimai.

Mahiaddin mengakui bahawa IPR ialah kesatuan politik longgar yang tidak berdaftar.