Pedalaman tengah Sabah alami gegaran lemah

Bahagian pedalaman tengah Sabah iaitu di sebelah barat daya negeri itu dilanda gempa bumi lemah pada jam 8.32 pagi tadi.

Gempa bumi lemah yang melanda daerah Keningau itu turut dirasai di beberapa kawasan sekitar.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa tersebut bermagnitud 2.0 pada kedalaman 10 kilometer.

Pusat gempa bumi itu dikesan pada koordinat 5.9 darjah Utara dan 116.5 darjah Timur, iaitu kira-kira 22 kilometer di utara Tambunan, Sabah.

Walau bagaimanapun, MetMalaysia memaklumkan bahawa tiada ancaman tsunami dikesan susulan gegaran itu.

Orang ramai yang merasai gegaran diminta mengisi borang soal selidik di pautan https://forms.gle/jr6DGx9pNxcrwv3T8 bagi tujuan rekod dan pemantauan lanjut.

Kejadian terakhir gempa bumi lemah yang dilaporkan di Sabah berlaku pada 11 Mei lalu di Lahad Datu.

BACA JUGA Pemimpin Pas rupanya masih tak faham BUDI95 tapi sembang pasal gharar