Ini keputusan mahkamah terhadap tulisan Murray Hunter

Pengulas politik Murray Hunter bertanggungjawab ke atas tuduhan fitnah dalam saman sivil yang difailkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Itulah keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Selaras dengan itu, SKMM memaklumkan bahawa keputusan tersebut mengesahkan pendirian bahawa kebebasan menyuarakan pandangan “perlu “dilaksanakan dengan tanggungjawab dan mengikut lunas undang-undang”.

“Hak kebebasan bersuara tidak terpakai bagi perbuatan membuat kenyataan palsu, berniat jahat atau memfitnah yang menjejaskan reputasi pihak lain,” kata SKMM dalam kenyataan.

Hunter menerbitkan siri artikel antara April hingga November 2024 yang disifatkan sebagai palsu dan memfitnah badan kawal selia internet negara.

SKMM membuat laporan polis di Malaysia dan Thailand berhubung penerbitan tersebut, yang menurutnya mengandungi tuduhan serius dan tidak berasas sehingga mengelirukan orang awam serta mencemarkan reputasi suruhanjaya itu.

Keputusan Mahkamah Tinggi ini dibuat beberapa minggu selepas Hunter ditahan pihak berkuasa Thailand ketika hendak meninggalkan negara itu untuk urusan peribadi ke Hong Kong.

BACA JUGA: Pengkritik kerajaan Madani ditahan polis di Negara Thai