PM hadiri kuliah Subuh Madani bersama Habib Umar Hafidz di Masjid Putra
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa menghadiri Kuliah Subuh Madani yang disampaikan ulama terkemuka dunia, Al-‘Allamah Habib Umar Hafidz yang juga Pengasas dan Pengetua Dar Al-Mustafa, Tarim, Yaman, di Masjid Putra, Putrajaya, pagi ini.
Dalam kuliah tersebut, Habib Umar menyentuh tentang kedudukan iman yang sebenar serta bagaimana tahap keyakinan, rasa cinta dan mahabbah kepada Allah SWT menjadi teras kepada kekuatan rohani seorang mukmin.
Beliau turut merujuk karya ulama besar Nusantara, Syeikh Muhammad Nawawi bin Umar al-Bantani menerusi kitab Qāmi‘ al-Ṭughyān ‘alā Manẓūmah Shu‘ab al-Īmān, yang menzahirkan kesinambungan tradisi keilmuan Islam antara dunia Arab dan Alam Melayu.

Selepas kuliah, Perdana Menteri berkesempatan menyantuni Habib Umar bersama delegasi di Seri Perdana, Putrajaya, sebelum menyerahkan naskhah Mushaf (al-Quran) Tarim Riwayat ad-Duri ‘an Abi Amr wa al-Basri kepada beliau.
Penyerahan mushaf itu melambangkan kejayaan Malaysia dalam projek satu juta al-Quran yang digerakkan di bawah inisiatif Malaysia MADANI, sekali gus mengangkat peranan negara sebagai pusat pengembangan ilmu dan seni Islam di peringkat global
Terdahulu, Anwar bersama para jemaah menunaikan solat Subuh berjemaah di Masjid Putra, kesempatan yang turut mempererat ukhuwah dan silaturahim dalam suasana penuh ketenangan dan keberkatan.
BACA JUGA 4 pelajar di Kedah pula rogol beramai-ramai dalam kelas selama empat bulan