Pemecatan ini sementara sahaja, kata Wan Saifulruddin

Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Wan Saifulruddin Wan Jan menyifatkan pemecatan beliau dari Bersatu sebagai sesuatu yang bersifat sementara dalam usaha beliau membawa kepimpinan baharu di dalam parti tersebut.

“Dalam perjuangan mana-mana parti sekalipun sudah tentu ada pertelingkahan dan pergeseran. Ini semua bersifat sementara.

“Sudah tiba masanya Bersatu diterajui oleh kepimpinan baharu.

“Bila dua kumpulan bertembung inilah yang akan berlaku,” katanya merujuk kepada pemecatan keahlian Bersatunya.

Beliau berkata demikian dalam majlis sambutan Deepavali anjuran Bersekutu Bersatu bahagian Bangi semalam. Majlis tersebut berlangsung di Kajang.

Wan Saifulruddin yang sebelum ini juga merupakan ketua Bersatu Bangi mengesahkan bahawa beliau sedang dalam proses membuat rayuan terhadap pemecatannya itu.

Berhubung dengan kumpulan yang bertembung dengannya, beliau berkata kumpulan lawannya itu sedang cuba untuk menjadikan kedudukan dalam parti sebagai warisan keluarga.

Selain Wan Saifulruddin, empat pemimpin bahagian turut dipecat manakala Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) digantung keahlian selama satu penggal.

BACA JUGA: Bersatu dalam gerhana, Wan Saiful dipecat Wan Ahmad Fayshal digantung sepenggal