Doa untuk kesembuhan Ustaz Ahmad Awang
Timbalan Penasihat Umum, Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Ustaz Abdul Ghani Samsudin memaklumkan keadaan kesihatan Datuk Seri Ustaz Ahmad Awang, 89.
Beliau berkata, Penasihat Umum AMANAH yang juga Pengerusi Al Manar berkenaan kini sedang menjalani rawatan di wad 219, Institut Jantung Negara (IJN).
Berikut doa memohon diberikan kesembuhan buat Ustaz Ahmad Awang seperti dikongsikan Ustaz Abdul Ghani sekeluarga:
اللهم يا حَنَّانُ يا مَنَّانُ يا حي ياقيوم يا ذا الجلال والاكرام…
Ya Allah yang maha penyayang, maha memberi, yang terus hidup dan mentadbir, yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.
Sembuhkan diri hamba dan Datuk Seri Ustaz Ahmad Awang. Sembuhkan para hamba-Mu yang ditimpa bencana, sihatkanlah sesiapa yang sakit serta biarlah Engkau bersama orang yang malang dan gering..
خفف اللهم عني آلامي وعنهم آلامهم وأوجاعهم، وسرِ عنهم أحزانهم وهمومهم، وجنبهم وعني العجز والضعف، والفرقة والغربة، والخشية والخوف،
Ya Allah, ringankan sakitku dan kesakitan dan tanggungan mereka, kurangkan duka nestapa mereka.
Jauhkan mereka dan diriku dari sifat lemah dan tidak berdaya, perpecahan dan kesepian, rasa bimbang dan takut.
كن لي ولهم ومعهم، فأنت إلينا أقرب وبهم أرحم، ومعهم أصدق،
Ya Allah, biarlah diri-Mu bersama hamba dan bersama mereka kerana Engkau yang lebih dekat dengan kami dan lebih kasih dengan mereka serta lebih bersungguh.
والطف اللهم بذي الحاجة، وأكرم من استجار بك وسألك، وتفضل على من تمنى عليك ورجاك،
Ya Allah, berlembutlah dengan mereka yang berhajat. Muliakan orang yang memohon dan berlindung kepada-Mu serta kurniakanlah kebaikan kepada mereka yang berhajat dan mengharapkan pemberian-Mu.
واعطني يا الله كل مطلبي وكل سائلٍ سؤله، وجُد علي وعلى كل محتاجٍ بما يريد، وأدخل الفرحة والمسرة على كل بيتٍ عانى فيه مريض، أو شكا فيه سقيم، فأضنى ليله وأسهر معه أهله،
Ya Allah kurniakanlah hamba apa yang hamba minta; malah semua yang diminta oleh hamba-Mu yang meminta.
Limpahkan kurnia-Mu kepada hamba bahkan seluruh yang meminta dan mengharapkan sesuatu dari-Mu.
Sebarkanlah keriangan di dalam setiap rumah yang ada pesakit atau orang yang menderita sehingga turut semua keluarganya berjaga malam dan keletihan.
فإنك أنت الشافي المعافي، وأنت يا رب الكريم الوهاب، ذو الفضل المنان، فامنن علينا وتفضل على الأخ د.س. الاستاذ احمد اوانج واشفه شفاء لا يغادر سقما!
Sesungguhnya, Engkaulah penyembuh yang memberi kesihatan. Engkaulah Tuhan yang Maha Pemurah dan Maha Memberi.
Wahai Tuhan yang mempunyai anugerah dan pemberian, beri dan anugerahkanlah kepada kami; khasnya kepada Datuk Seri Ustaz Ahmad Awang, kesihatan, sembuhkanlah sakit beliau sehingga beliau terus menerus sihat dan sejahtera!
وصلى الله على سيد نا محمد وعلى آله وصحبه وسلم.
Selawat , salam dan restu Allah untuk Penghulu kami Saidina Muhammad, kaum keluarga dan sahabat baginda seluruhnya!
BACA JUGA Anak saudara isteri Hadi ingatkan YB Pas boleh cenderung syirik